Facebook

Wednesday, July 16, 2008

Tangan Aku

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan Kita... Walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja Dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya ..

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang Dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of ourse la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus Dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. Jangan tersalah tilik, sudah la!




1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu.
Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan
seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang
sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan
keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang
pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu
seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu
berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan
perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang
mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa
sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu
mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu
setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta
saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang
lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal
dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut,
Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' Dan
menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka
dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri
daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang
mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal
memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang
diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak
tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu
jelas Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, IA
menunjukkan kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu.
Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang
dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka
ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas,
lurus Dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini
menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga
sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke
tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang
kekal Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja
dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata
sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan?
Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah
dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu miliki
Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu
mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti
ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar,
suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini
mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang
dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini
juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia.
Tentu sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi
kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang,
dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang
kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya.
Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis
membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja
berapa gelang yan gkamu Ada Dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi
awas! Jangan terlalu percaya sangat.... Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan
?

Bila jari kamu dirapatkan....
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu
sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di
antara jari kelengkeng Dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan
keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu Dan tengok sama
kamu boleh lihat Ada sebarang 'gap' di antaranya... Sekiranya kamu dapat
melihat cahaya di antara keduanya... Bermaksud IA tidak rapat Dan
renggang... Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah
kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun
kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan
di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut
orangnya Dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? hehehee...kalau terkene
jangan la mareee..
Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita....
walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat
untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan
korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas...
setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik,
bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang..
and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas,
putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. jangan tersalah tilik,
sudah la!
Share:

0 comments:

Post a Comment

BeMie's Followers

Total Pageviews

Blog Archive