Facebook

Thursday, July 15, 2010

SIAPA LELAKI DAYUS





Nabi SAW bersabda :- Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278) Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :- "Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150) Imam Al-'Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 ) Berkata pula An-Nuhas : ' Cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram ' (Tuhfatul Ahwazi, 9/357) Salam Ukhwah..~
Share:

1 comment:

BeMie's Followers

Total Pageviews

Blog Archive