Facebook

Monday, May 4, 2009

6 Jenis Wanita Malang


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya..

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Share:

6 comments:

  1. info yg sgt bagus utk di share

    ReplyDelete
  2. hmmm..tapi kan rasa2 tiap2 wanita pasti ada sifat2 yang di atas, laki pun sama juga kan hik hik...

    ReplyDelete
  3. uhhh manyak cakap tk henti2 cam murai..

    bulehh peninn bro~

    ReplyDelete
  4. hehhee....
    dah tuhan beri anugerah nk suka bercakap..nk bt camne...ngan somi la tmpt nk bercrita kan..hehehhe...

    ReplyDelete

BeMie's Followers

Total Pageviews

Blog Archive