Facebook

Friday, August 8, 2008

Petua Memuaskan Perempuan walau hanya 2 inchi setengah ..?


Bunyik cam pelik jer kan.. tapi tak tau la... 2 setengah inchi tapi mampu memuaskan perempuan... Kalau korang nak petuanya ni lah dia petuanya...








bagi jer credit card... mesti diaorg boleh puas punya... heheheh betul ni.. tak caya tanya la awek korang ker.. bini korang ker... ngeh ngeh ngeh
Share:

THE PITT AND JOLIE FAMILY


Share:

Bagaimanakah Lelaki Sejati

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu?

Ibuku menjawab, Nak...







Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya. ...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran... ..

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya. ..

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.......


Share:

Thursday, August 7, 2008

Tuesday, August 5, 2008

Petua Nak Suruh Awek Ngurat Kiter


Ni ada Sedikit advice atau petua bagi lelaki yg dah malas nak ngurat awek dan nak suruh awek ngurat dier... dalam video di bawah menunjukkan strategi yg paling mudah dan praktikal... Percayalah dengan memilikinya AWEK AKAN MENGURAT ANDA.... saya sendiri pernah merasai kehebatannya... ngeh ngeh ngeh...












Share:

Monday, August 4, 2008

RM1 Million Bungalow For Wife...



MEWAH: Kediaman dua tingkat yang dilatari pemandangan indah dengan kehijauan pepohon di sebuah kawasan eksklusif turut menjalani proses pengubahsuaian.



SEANDAINYA ditanya kepada Raja Sistem Pesanan Ringkas (SMS), cuma jawapan ringkas mampu diberikan penyanyi bernama Mawi ini mengenai kediaman barunya yang dikatakan bernilai jutaan ringgit. “Iya memang saya ada membeli rumah sebagai aset masa depan. Mana ada sampai RM1 juta, ada-ada saja,” kata Mawi berseloroh yang agak keberatan untuk bercerita panjang mengenai banglo bernilai lebih RM1 juta itu ketika ditemui pada majlis minum petang yang diadakan di PNB Darby Park, baru-baru ini. Banglo mewah yang terletak di pinggir kota raya itu difahamkan dibeli penyanyi yang terkenal dengan lagu Aduh Saliha itu daripada orang perseorangan selepas diperkenalkan oleh temannya. Hip difahamkan kediaman dua tingkat yang dilatari pemandangan indah dengan kehijauan pepohon di sebuah kawasan eksklusif turut menjalani proses pengubahsuaian untuk keselesaan penghuninya. Ketika ini, Mawi yang sedang menjalani penggambaran untuk filem keduanya, Jin Notti menyewa di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Sumber memberitahu Hip, Mawi baru-baru ini turut mengadakan majlis tahlil dan kesyukuran walaupun belum menetap secara rasmi di kediaman barunya itu. Melewati kejayaan selepas menjuarai pertandingan realiti, Akademi Fantasia musim ketiga, tiga tahun lalu mengubah sepenuhnya hidup pemuda kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu. Bagaikan mengharungi sebuah kisah fantasi yang dipenuhi warna indah, perjalanan hidup Mawi berubah sekelip mata apabila tuah berpihak kepadanya sebaik menjulang trofi juara AF3. Rentetan kisah hidup Mawi yang umpama menyelak helaian novel yang sarat plot serta sukar untuk ditebak pengakhirannya membuatkan apa saja yang dilakukan pemuda berusia 29 tahun itu menjadi perhatian. Sebaik berita mengenai banglo bernilai RM1 juta itu disebarkan, seakan mengesahkan khabar yang hangat bertiup dan diperdebatkan pihak media. Sejak mengakui menjalin hubungan istimewa dengan pelakon, Nora’ashikin Rahmat atau Ikin pada 30 Mac lalu, ramai pihak menantikan perkembangan terkini merpati dua sejoli itu. Pembelian banglo itu juga dikaitkan sebagai persediaan untuk dirinya dan isteri tercinta beristirahat. Mawi yang popular dengan lagu Terharu, bagaimanapun, dalam keadaan tersipu cuba menyembunyikan perkara itu. “Semuanya masih baru dan tidak perlulah saya ulas panjang. Tunggu saja masanya nanti. Apabila tiba masa yang tepat, saya akan umumkan kepada semua pihak. “Bimbang juga kalau bercerita panjang, nanti dikata orang menunjuk-nunjuk pula. Bersabarlah kerana perkara yang baik ini tidak akan saya sembunyikan,” janjinya. Memohon pengertian semua pihak supaya memberikannya sedikit ruang untuk menentukan masa depannya, Mawi juga berharap segala spekulasi mengenai tarikh pernikahannya tidak lagi diperdebatkan.

Cerita baru mengenai Mawi:

KINI sibuk di lokasi penggambaran filem terbitan KRU Film, Jin Notti yang menggandingkannya dengan penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana. Biarpun produksi filem sulung lakonannya, Aduh Saliha masih belum tamat, Mawi tidak serik untuk mencuba. MEMBAWAKAN watak komedi sebagai Ajis, pemuda kampung yang berprinsip dan mementingkan kesempurnaan. BARU pulang dari Mesir dan Jordan menjayakan rakaman Mawi Di Bumi Anbia. Banyak tempat menarik dilawatinya di sana . Apa yang membuatkan Mawi terpegun apabila dia berkesempatan melawat makam anbia seperti Nabi Daniel, Luth dan Harun. ANTARA detik terindah dan tidak mampu dilupakannya apabila berpeluang menatap dengan mata sendiri satu daripada tujuh keajaiban dunia iaitu piramid. Kawasan sekitarnya bagi Mawi terlalu cantik. SATU lagi kenangan yang tidak mungkin dilupakan apabila berpeluang mengalunkan azan di Masjid Hassan di Mesir tanpa menggunakan alat pembesar suara. Lebih membuatkan Mawi terharu apabila laungan azan itu dapat didengari di seluruh kawasan berkenaan.

Zul Husni Abdul Hamid - Harian Metro


Share:

Wan Nor Azlin




PETALING JAYA: Artis terkenal, Wan Nor Azlin Wan Mohd Husain, 39, mungkin sudah memegang pelbagai watak dalam drama sejak menjadi pelakon.Malah, dia pernah memenangi Anugerah Seri Angkasa bagi Pelakon Televisyen Terbaik untuk drama Takbir Untuk Abdah pada 2001. Bagaimanapun, pelakon itu yang pernah menggemparkan negara beberapa tahun lalu kini berhadapan dengan drama yang bukan direka penulis skrip, tetapi buatan suami yang didakwanya berhutang dengan along.


Selepas suaminya menghilangkan diri beberapa bulan lalu, Wan Nor Azlin dan tiga anaknya mendakwa kini hidup dalam ketakutan Kumpulan along berang kerana gagal menemui suami pelakon berkenaan yang dipercayai tidak melunaskan pinjaman. Wan Nor Azlin mendakwa diganggu along sejak kebelakangan ini, termasuk rumahnya ditampal poster yang memaparkan salinan kad pengenalan suami serta tertera ayat ‘Jika awak tak bagi wang awak ialah babi’. Mereka turut menyimbah rumah artis terbabit dengan cat pelbagai warna di Kota Damansara di sini, petang semalam. Sebaik laporan polis dibuat Wan Nor Azlin berkaitan kejadian itu di Balai Polis Kota Damansara, rumahnya diserbu puluhan wartawan media cetak dan elektronik jam 9 malam tadi. Sebagai seorang pelakon, ternyata Wan Nor Azlin tidak terkejut dengan kehadiran wartawan seramai itu, malah menjangka mereka dapat menghidu kejadian itu. Menceritakan kejadian itu, pelakon berkenaan berkata, dia menyedari rumah yang didiami bersama tiga anak disimbah cat sejurus pulang kira-kira jam 8 malam. “Sebaik tiba di depan rumah, saya terkejut melihat limpahan cat pelbagai warna di halaman. Dinding rumah dan kereta yang diletakkan di depan rumah turut terkena cat,” katanya. Wan Nor Azlin berkata, kejadian seperti itu bukan pertama kali berlaku di kediamannya. Menurutnya, beberapa bulan lalu, dua lelaki pernah membuat bising dan menjerit memanggil nama suaminya di depan rumah. “Mereka turut menampal poster tertera nama suami di sekitar kawasan rumah dan jalan berhampiran. “Suami sering menghilangkan diri dan pernah tidak pulang ke rumah selama dua tahun,” katanya yang meminta suaminya pulang dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Dia pernah membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara pada 18 Julai lalu berhubung kehilangan suaminya. Bimbang kumpulan along bertindak lebih ganas pada masa depan, dia sekali lagi membuat laporan polis malam tadi. Sementara itu, jurucakap syarikat kawalan keselamatan taman perumahan berkenaan, berkata pihaknya sedang mengenal pasti beberapa individu yang masuk ketika kejadian. “Biasanya, pelawat yang mahu memasuki kawasan taman ini diperiksa terlebih dulu. “Kami mengenal pasti dua lelaki yang disyaki dan kes berkenaan dirujuk kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

-adopted- harian metro

Share:

Fasha Sandha Wearing Hijab....



Share:

The Worlds Longest Bike



It has been to our attention that the longest bike in the world, officialy registered by Guiness record book is from Russia.It’s creator Oleg “Leshij” Rogov was from Tver city, a small town near Moscow city. He was a big biker fan since his childhood. One day he has got an idea to build the longest bike in the world, according to his own story “probably after he got too much  beer inside”.










So after two years of planning and delaying he did it. He built the bike that was 31 feet 4 inches long (9 metres 57 cm). After the thing was ready he sent his claim to the Guiness book and got registered as longest bike in the world.
The saddest part of the story is that he got into accident and died this summer, still we have the photos of his creation, it would be some kind of tribute to him.



Share:

JANTINA ANAK DARI HUBUNGAN KELAMIN

Para ilmuan Islam terdahulu berpendapat bahawa sifat tertumpahnya nutfah ke rahim sewaktu jima', iaitu dari segi samaada mani suami atau isteri terdahulu keluarnya dari banyaknya, melambangkan jantina anak yang akan lahir dari perlakuan jima' tersebut. Perbincangan mengenainya boleh dirujuk dalam kitab 'Ubab'.









Menurut Sheikh Ajhuri, anak dijadikan oleh Allah s.w.t. dari mani lelaki dan mani perempuan. Jika manai lelaki itu banyak daripada mani perempuan, maka anak yang bakal dilahirkan itu akan menyerupai bapanya dan jika mani perempuan yang lebih banyak maka akan menyenrupai ibunya.

Menurut Sheikh Ibnu Hajar dalam Syarh Bukhari, bahawa keadaan anak itu samada menyerupai bapanya atau ibunya bergantung kepada enam keadaan.

1. Mani lelaki dahulu keluar dan lebih banyak, anak yang bakal lahir adalah anak lelaki yang menyerupai bapanya.

2. Mani perempuan dahulu keluar dan lebih banyak, anak yang bakal dilahirkan adalah (lelaki) yang menyerupai ibunya.

3. Mani lelaki dahulu keluar, tapi mani perempuan yang banyak, bakal anak yg dilahirkan adalah anak perempuan menyerupai ibunya.

4. Mani perempuan dahulu keluar, tapi mani lelaki banyak, bakal anak yang dilahirkan adalah anak perempuan menyerupai bapanya.

5. Mani lelaki dahulu keluar dan sama banyak dengan mani perempuan, bakal anak yang dilahirkan adalah lelaki yang tiada serupa dengan bapanya atau ibunya.

6. Mani perempuan dahulu keluar dan sama banyak dengan mani lelaki, bakal dilahirkan anak perempuan yang tiada serupa dengan bapa atau ibunya.

Tersebut juga di dalam Syarh Hadis sekiranya tiada dikatahui samada keluar atau tidak mani kedua-duanya maka anak yang bakal lahir itu adalah lelaki dan perempuan (tidak dapat ditentukan jantinanya)

Apabila diteliti akan tanda-tanda pengenalan ini, disedari bahawa amatlah sukar bagi dipastikan mani suamikah atau isteri yang keluar dahulu dan mani siapa terlebih banyak. Menurut seksologi moden, perempuan hanya mengeluarkan satu ovum pada satu pusingan haid dan sperma lelaki berenang menuju ovum itu bagi bersenyawa. Kemungkinan besar bahawa apa yany dimaksudkan dengan keluarnya mani itu ialah inzal, kerana inzal boleh terdahulu terkemudian. ..


Share:

Saturday, August 2, 2008

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?



Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.








Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.


Share:

BeMie's Followers

Total Pageviews