Facebook

Sunday, August 17, 2008

Dari RuSuk Adam

" Hawa ... diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai "
ERmm... bunyinya bestkan... so tulah.... aku memang menghargai pompuan dan pompuan memang layak dihargai... tapi jangan pulak pompuan tu kurang ajar.. menyebabkan aku tak der respect kat dier langsung... anyway setiap makhluk memerlukan antara satu sama lain.. untuk yg macam aku (species manusia lelaki) sudah tentu saya memerlukan seorang yang (berspecies manusia perempuan).. aku perlukan perempuan dalam kehidupan.. kalau takder sunyila rase... aku rasa sama jer cam org lain... camtu gak pompuan mesti perlukan lelaki..tul tak? Tapi yg penting bila kite dah ada org yg sayang dan kite sayangkannya... setialah.. pasal pada aku setia dapat memberi kepuasan... tak caya korang bandingkan dengan org yg ramai bf ker gf ker.. nampak jer hepi tapi sakit kepala... takder kesudahan... kite kena pegang pada prinsip ni " Tak penting dimana ia bermula, yg penting bila ia berakhir"... Contohnya kenal bila tak penting endingnya becinte ke tak becinta... becinte bila tak penting... endingnya tunang ke tak tunang... tunang biler tak penting endingnya kawin tak kawin... kawin bila tak penting endingnya cerai ke tak... camtu la jugak kehidupan.. hidup biler tak penting yg penting endingnya mengucap tak mengucap... Wallahualam.. Renung2kan...

Share:

Thursday, August 14, 2008

Hikmah Berdiam Diri



Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

"Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA
CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH
BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN
KESALAHAN ORANG.

KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia..
Share:

Monday, August 11, 2008

Layan Blues


Never love a love that hurts...
never hurt a love that loves !!!
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~
Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Share:

10 perkara yang menjejaskan prestasi computer



Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita. dan sepuluh perkara ini juga menjadi asas panduan atau pegangan yang sangat baik bagi aku dalam kerja kerja maintenance.



1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau.

Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

2. Masalah RAM

Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah ëBlue Screení juga akan lebih kerap berlaku.

3. Cakera keras

Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

4. Konfigurasi BIOS

Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.

5. Pengawal Cakera

Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.

6. Sistem Operasi

Sistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

7. Proses dan Aplikasi

Proses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

8. Fragmentasi Cakera

Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20% sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

9. Aplikasi latar belakang

Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.

10.Sistem fail

Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT







Share:

Sunday, August 10, 2008

Penghargaan Untuk Wanita




Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh....penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek....ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."..... "..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni....kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
ok dah boleh baring....adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih...dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv...."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
Share:

Friday, August 8, 2008

Petua Memuaskan Perempuan walau hanya 2 inchi setengah ..?


Bunyik cam pelik jer kan.. tapi tak tau la... 2 setengah inchi tapi mampu memuaskan perempuan... Kalau korang nak petuanya ni lah dia petuanya...








bagi jer credit card... mesti diaorg boleh puas punya... heheheh betul ni.. tak caya tanya la awek korang ker.. bini korang ker... ngeh ngeh ngeh
Share:

THE PITT AND JOLIE FAMILY


Share:

Bagaimanakah Lelaki Sejati

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu?

Ibuku menjawab, Nak...







Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya. ...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran... ..

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya. ..

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.......


Share:

Thursday, August 7, 2008

Tuesday, August 5, 2008

Petua Nak Suruh Awek Ngurat Kiter


Ni ada Sedikit advice atau petua bagi lelaki yg dah malas nak ngurat awek dan nak suruh awek ngurat dier... dalam video di bawah menunjukkan strategi yg paling mudah dan praktikal... Percayalah dengan memilikinya AWEK AKAN MENGURAT ANDA.... saya sendiri pernah merasai kehebatannya... ngeh ngeh ngeh...












Share:

Monday, August 4, 2008

RM1 Million Bungalow For Wife...



MEWAH: Kediaman dua tingkat yang dilatari pemandangan indah dengan kehijauan pepohon di sebuah kawasan eksklusif turut menjalani proses pengubahsuaian.



SEANDAINYA ditanya kepada Raja Sistem Pesanan Ringkas (SMS), cuma jawapan ringkas mampu diberikan penyanyi bernama Mawi ini mengenai kediaman barunya yang dikatakan bernilai jutaan ringgit. “Iya memang saya ada membeli rumah sebagai aset masa depan. Mana ada sampai RM1 juta, ada-ada saja,” kata Mawi berseloroh yang agak keberatan untuk bercerita panjang mengenai banglo bernilai lebih RM1 juta itu ketika ditemui pada majlis minum petang yang diadakan di PNB Darby Park, baru-baru ini. Banglo mewah yang terletak di pinggir kota raya itu difahamkan dibeli penyanyi yang terkenal dengan lagu Aduh Saliha itu daripada orang perseorangan selepas diperkenalkan oleh temannya. Hip difahamkan kediaman dua tingkat yang dilatari pemandangan indah dengan kehijauan pepohon di sebuah kawasan eksklusif turut menjalani proses pengubahsuaian untuk keselesaan penghuninya. Ketika ini, Mawi yang sedang menjalani penggambaran untuk filem keduanya, Jin Notti menyewa di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Sumber memberitahu Hip, Mawi baru-baru ini turut mengadakan majlis tahlil dan kesyukuran walaupun belum menetap secara rasmi di kediaman barunya itu. Melewati kejayaan selepas menjuarai pertandingan realiti, Akademi Fantasia musim ketiga, tiga tahun lalu mengubah sepenuhnya hidup pemuda kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu. Bagaikan mengharungi sebuah kisah fantasi yang dipenuhi warna indah, perjalanan hidup Mawi berubah sekelip mata apabila tuah berpihak kepadanya sebaik menjulang trofi juara AF3. Rentetan kisah hidup Mawi yang umpama menyelak helaian novel yang sarat plot serta sukar untuk ditebak pengakhirannya membuatkan apa saja yang dilakukan pemuda berusia 29 tahun itu menjadi perhatian. Sebaik berita mengenai banglo bernilai RM1 juta itu disebarkan, seakan mengesahkan khabar yang hangat bertiup dan diperdebatkan pihak media. Sejak mengakui menjalin hubungan istimewa dengan pelakon, Nora’ashikin Rahmat atau Ikin pada 30 Mac lalu, ramai pihak menantikan perkembangan terkini merpati dua sejoli itu. Pembelian banglo itu juga dikaitkan sebagai persediaan untuk dirinya dan isteri tercinta beristirahat. Mawi yang popular dengan lagu Terharu, bagaimanapun, dalam keadaan tersipu cuba menyembunyikan perkara itu. “Semuanya masih baru dan tidak perlulah saya ulas panjang. Tunggu saja masanya nanti. Apabila tiba masa yang tepat, saya akan umumkan kepada semua pihak. “Bimbang juga kalau bercerita panjang, nanti dikata orang menunjuk-nunjuk pula. Bersabarlah kerana perkara yang baik ini tidak akan saya sembunyikan,” janjinya. Memohon pengertian semua pihak supaya memberikannya sedikit ruang untuk menentukan masa depannya, Mawi juga berharap segala spekulasi mengenai tarikh pernikahannya tidak lagi diperdebatkan.

Cerita baru mengenai Mawi:

KINI sibuk di lokasi penggambaran filem terbitan KRU Film, Jin Notti yang menggandingkannya dengan penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana. Biarpun produksi filem sulung lakonannya, Aduh Saliha masih belum tamat, Mawi tidak serik untuk mencuba. MEMBAWAKAN watak komedi sebagai Ajis, pemuda kampung yang berprinsip dan mementingkan kesempurnaan. BARU pulang dari Mesir dan Jordan menjayakan rakaman Mawi Di Bumi Anbia. Banyak tempat menarik dilawatinya di sana . Apa yang membuatkan Mawi terpegun apabila dia berkesempatan melawat makam anbia seperti Nabi Daniel, Luth dan Harun. ANTARA detik terindah dan tidak mampu dilupakannya apabila berpeluang menatap dengan mata sendiri satu daripada tujuh keajaiban dunia iaitu piramid. Kawasan sekitarnya bagi Mawi terlalu cantik. SATU lagi kenangan yang tidak mungkin dilupakan apabila berpeluang mengalunkan azan di Masjid Hassan di Mesir tanpa menggunakan alat pembesar suara. Lebih membuatkan Mawi terharu apabila laungan azan itu dapat didengari di seluruh kawasan berkenaan.

Zul Husni Abdul Hamid - Harian Metro


Share:

BeMie's Followers

Total Pageviews