Facebook

Monday, August 25, 2008

Hargai dan menangilah hati isteri.

Wanita selalu mengalah baik sebagai ibu, sebagai isteri dan sebagai suri rumah . MENGAPA tidak hargai pengorbanan isteri?

Sejak janin terbentuk dalam rahim seorang wanita sudah memulakan satu pengorbanan yang tidak dapat dilakukan oleh mana2 lelaki pun. Betapa tidak selesanya keadaan sepanjang 9 bulan mengandung. Selera tiba2 mati, tekak loya bukan kepalang. Wek sana, wek sini, wek pagi,



wek petang, wek malam, wek, wek sebab tekak loya.Sembilan bulan dengan bentuk tubuh sepert labu sayong, tidakkah itu satu pengorbanan. Betapa sakitnya saat melahirkan, nafas turun naik peluh membasahi wajah, saat2 melahirkan ibarat nyawa dihujung tanduk.

Sudahlah mengandung 9 bulan terpaksa pula berada dalam pantang selama 40 hari. Bayangkan dengan pengorbanan begitu besar pun masih ada suami yang tak menghargai isteri, Kalau boleh tanpa tunggu 40hari minta cepat laksanakan urusan kelamin dengannya. lebih2 lagi meyakitkan dan zalim terus menjadi alasan untuk main kayu tiga atau berhasrat untuk berpoligami.

Semua urusan bayi dari meyusu, menyuci najis, semua isteri yang melakukan. Bayi menangis malam isteri bangun menukar lampin dan menyusukan, suami lena berdengkur. Pengorbanan ibu tidak setakat melahirkan, sepanjang hayat dia akan berkorban untuk anak2nya.. Bila sakit ibu bersengkang mata untuk merawat di waktu malam . Ibu mendidik anak2 dari tapak kaki sebesar 2 jari hingga menjadi kasut saiz 7,8,9 dll. Ibulah menjadfi pendidik, pembimbing, pakar motivasi,ibulah segala-galanya. Pantang anak berasa nak makan sesuatu, cepat2 ibu mencari, ibu memasak, menghidang dan kadang2 menyuap makanan kemulut anak2. Demikianlah pengorbanan seorang wanita sebagai ibu.

Apa kurangnya pula pengorbanan seorang wanita sebagai isteri.. Suami yang jujur dan ikhlas akan menilai sendiri betapa 'khidmat' dalam pelbagai bentuk tanpa kira waktu. Jika 20 tahun lebih berkongsi tilam maka bila dihayati dan di bukukan pengorbanan isteri boleh terhasil satu buku menceritakan susah payah isteri berkorban untuk suami. Isteri adalah rakan kongsi yang baik. Suami tidak dapat balas budi baik pengorbanan isteri. Masalahnya tidak semua suami menilai pengorbanan seorang isteri. Mereka menganggap pengorbanan isteri itu kerja rutin yang tidak perlu dihayati, dah kewajipan isteri.

Keegoan lelaki menyebabkan suami selalu menganggap diri mereka sempurna, lebih2 lagi isteri tidak boleh bersuara langsung kerana kuasa ada ditangan suami, isteri mesti akur dengan semua arahan2 suami. Secara senyap suami telah deritai dan mendera batin isterinya. Wanita lebih2 lagi seorang isteri adalah teman yang perlu di kasihi, disayangi dan selalu dibelai manja. Kejayaan suami ada kaitan rapat dengan pengorbanan isteri. Pengorbanan itulah perlu dihargai.
Janganlah suami cepat melenting dan terus menyalah isteri, Kadang2berlaku isteri diam, tidak menghirau atau tidak melayani suami. Jika berlaku demikian segeralah mendekati isteri dan bertanyalah dengan penuh kasih sayang, mungkin ada yang tidak kena dan menghadapi masalah. Carilah penyelesaian yang baik dan bijak.JANGAN sekali-kali disaat suami isteri menghadapi krisis hati, ada orang ketiga yang dah lama berkenalan. Ketika ini suami akan mengambil mudah lalu lupa pengorbanan isteri selama ini terus menerus menyakiti isteri lalu berkahwin dengan kenalannya.

JIka dilihat senario pengorbanan wanita sebagai ister, ibu dan suri rumah tangga sungguh membataskan masa untuk urusan lain2, ini sangat2 dirasai oleh wanita bekerjaya. Kadang2wanita perlukan tiupan sokongan dan sedikit pengharaan dari rakan sekatilnya iaitu suami. Berapa ramailah lelaki yang bergelar suami ingin mengambil tau tentang hasrat dan keinginan hati naluri isteri.

Masih terbayang saat diijabkabul bersama suamitersayang. Waktu itu berjanji akan sehidup dan sematidan berusaha untuk menjadi suami dan isteri yang baik .Ikatan yang dibina terjalin kukuh hari demi hari, walaupun disulami dengan pergaduhan kecil. Bagaimanapun sebagai wanita adakalanya bersifat terlalu sensitifapabila pasangan seperti tidak mengindahkan dan menghargai pengorbanan dan kasih sayang yang sudah lama terjalin. Dalam hal ini pasangn perlu bertindak menyelamatkan rumahtangga dari kehancuran hanya soal remeh temeh.

Terdapat beberapa cara untuk menghargai dan memenangi hati isteri:
1. Jangan anggap isteri sebagai pembantu rumah
2. Selalu ingat tarikh penting seperti ulangtahun perkahwinan, tarikh lahir , tarikh pertama bertemu Walaupun remeh , ia sangat bererti buat isteri.
eg.Pergi honeymoon lagi di tempat2 peranginan untuk memperbarui suasana dan mengingati kembali suasana malam pertama. Pasti isteri merasakan dirinya cukup dihargai dimata suami.
3. Buat kejutan2 makan malam bersama tanpa anak2
4. Sentiasalah tunjukkan kasih sayang,. Tempoh perkahwinan yang lama bukan faktor membuat suami isteri saling rasa bosan, sepatutnya lebih menghargai pasangan dan bertambah kasih sayang. Pamerkan kasih sayang seperti peluk dan cium isteri sebelum pergi kerja. Jika berlaku tiap2 hari, pasti kemesraan suami isteri akan berkekalan dan berpanjangan.
5. Sentiasa menghubungi antarasatu sama lain. sentiasa hubungi isteri melalui telefonatau sms dimana berada dengan ini isteri tahu suami tidak melupakannya dan sentiasa merasakan dirinya dihargai. Maklum sajalah bila berjauhan pasti pelbagai perkara bermain difikiran , dengan cara menhubunginya dia tau suaminya selamat. Dalam masas yang sama isteri senantiasa ingai segala tanggungjawab walaupun tidak diingatkan ketika ketiadaan suami.
6. Bantu ringankan tugas isteri
7. Pergi bercuti. Sekali2 pergilah bercuti berdua tanpa anak2, agar dapat membincangkan masalah diri secara terbuka tanpa gangguan.
8 Sentiasa dengar dan pertimbangkan pendapat isteri
9. Sentiasa penuhi hajat isteri seperti keperluan2 diri untuk menjaga penampilan diri dan hiasan2 diri agar ia sentiasa ceri dimata suami.Sekali2 belikan barang kemas untuk dirinya terutama pada isteri yang tidah pernah mengemukakan keinginan hati pada suami. Suami harus peka terhadap naluri isteri kerana ia merupakan insan bergelar wanita yang umumnya sukakan barang perhiasan.
10. Sempurnakan tempat kediamannya, kerana rumah yang sempurna mampu menggembirakan hati isteri dan menguatkan jiwanya, melaksanakan segala urusan rumah tangga dengan penuh ikhlas dan gembira. Umumnya wanita nalurinya ingin yang indah2 dan cantik. Suasana ini akan mengimbau dirinya segera pulang ke rumah untuk ketenangan.bila penat terutama untuk isteri yang berkerjaya.

Share:

2 comments:

  1. Must be happy when having your own family..
    "One happy family @ HOME".
    Sharing evrything..


    I'm not married yet but plan to..
    (i love my "heartbeat" so much!!~)
    for me it's take two to tango..
    if a spouse understand their responsiblity and commitment to the family.
    Then it should be OK.

    The key message here is being commited, having fun,interact frequesntly, make loves evry day (hikhikhikhik) and trusting each othr.


    Cheers..
    (^_~)v

    ReplyDelete
  2. yep...msti bntu ringankan tugas isteri.
    suami soleh. hehe

    *make loves everyday...larat ke white? huhu

    ReplyDelete

BeMie's Followers

Total Pageviews

Blog Archive