Breaking News
Loading...
Monday, May 23, 2011

Mengenal Haidh



Haidh dari sudut bahasa ialah mengalir (السَّيْلاَن)

Dari sudut istilah
دَمُ جِبْلَةِ يَخْرُجُ مِنْ أَقْصَى رَحِمِ الْمَرْأَةِ فِي حَالِ الصِّحَّةِ فِي أَوْقَاتِ مَخْصُوصَةِ

Ertinya darah perangai yang keluar dari bahagian atas rahim perempuan pada ketika sihat badan pada waktu-waktu yang tertentu



Darah yang keluar dari kemaluan kaum wanita terbahagi tiga

1. Darah haidh: Darah yang keluar daripada perempuan pada waktu sihat

2. Darah nifas: Darah yang keluar selepas bersalin

3. Darah istihadhah / penyakit: Darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas.

Dalil haidh firman الله al-Baqarah ayat 222

Dalil darah Haidh

Maksudnya: Dan mereka itu bertanya kepada engkau ya Muhammad tentang haidh, katakanlah kepada mereka ia adalah darah yang cemar maka tinggalkanlah bersetubuh dengan segala perempuan yang berhaidh dan jangan kamu hampiri mereka itu dengan setubuh sehinga suci mereka itu daripadanya, setelah suci mereka itu maka datangilah mereka itu kerana jimak pada tempat yang menyuruh اللهsesesunguhnya الله mengasihi orang yang banyak bertaubat 

Dan sabda nabi (ألنبي صلى الله عليه وسلم)
هَذَا شَيْءٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ

Maksudnya: Ini (haidh) suatu yang telah اللهtetapkan ke atas anak adam yang perempuan
Hukum mempelajari tentang haidh 



Menjadi kewajipan ke atas wanita islam mengetahui hukum berkenaan dengan haidh dan mengenal warna darah haidh. Seorang wanita wajib keluar untuk mempelajari hukum-hukum haidh, nifas dan istihadah apabila suaminya tidak mampu menerangkan permasalahannya. Dan haram atas suami menegah isterinya daripada keluar melainkan ia dapat memberi jawapan apabila ditanya. Pada ketika itu si isteri tidak boleh keluar tampa keizinan daripada suaminya.
Warna darah haidh

Mengikut ulama-ulama mazhab Syafie terdapat lima warna darah haidh

1. Hitam

2. Merah 

3. Warna antara keemasan dan merah (perang)

4. Kuning

5. Keruh iaitu antara warna kuning dan putih 
Warna kuning dan keruh

Darah berwarna kuning dan keruh yang keluar bukan pada waktu haidh tidak diangap haidh. Bersalahan jika ia keluar pada waktu haidh maka ia dikira sebagai haidh. Ini merupakan pendapat yang sohih didalam mazhab Syafie.


Sekurang-kurang umur seorang wanita kedatangan haidh iaitu sembilan tahun hijrah lebih kurang, tidak dengan genap sembilan tahun kerana apabila seorang perempuan melihat darah sebelum sampai sembilan tahun iaitu pada satu tempoh yang tidak mencukupi sekurang-kurang masa haidh / sehari semalam, dan sekurang masa suci / lima belas hari serta malam, maka darah itu adalah haidh. Jika darah yang keluar melebihi tempuh yang tersebut maka ia bukannya darah haidh. Bermakna apabila seorang wanita mendapati keluar darah lima belas hari atau kurang sebelum genap sembilan tahun, maka darah yang kelihatan itu adalah haidh, dan jika enam belas hari atau lebih sebelum genap sembilan tahun, maka darah itu ialah darah rosak / pasad
Usia putus haidh

Untuk mengatahui seorang wanita telah putus daripada haidh, hendaklah ia mengiktibar / membuat perbandingan dengan putus haidh perempuan yang semasa dengannya. Sebahagian ulama berpendapat perbandingan hendaklah dibuat dengan keluarga yang hampir. Pendapat yang pertama adala terlebih kuat.

Sehabis-habis masa putus haidh pada kebiasannya enam puluh dua tahun, sebahagian ulama berpendapat enam puluh tahun, kata setengah pendapat lima puluh tahun. Tahun yang dikehendaki di sini ialah tahun Hijrah. Tetapi tidak ada masa yang tetap bagi kesudahan haidh. Ini kerana apabila sesoarang wanita telah mencapai umur putus haidh sedangkan dia masih kedatangan darah yang mengikuti syarat haidh, ataupun dia telah putus haidh buat beberapa masa kemudian ia kedatang darah, maka darah yang dilihat itu adalah haidh.
Tempoh haidh

1. Masa sekurang-kurang haidh ialah sehari semalam dengan syarat berhubung sekelian darahnya .

2. Tempoh sebanyak-banyak haidh lima belas hari serta malamnya dan jika terputus-putus keluarnya sekalipun.

3. Waktu kebisaan haidh tujuh hari atau lapan hari.


Apabila seorang wanita kedatangan darah kurang dari sehari semalam dengan lain perkatan darah yang kelihatan tidak sampai dua puluh empat jam, maka darah yang kelihatan itu bukan darah haidh.




Darah yang keluar melebihi masa sebanyak-banyak haidh / lima belas hari lima belas malam bukannya darah haidh.

Darah yang berhenti tidak sampai sehari semalam kemudian keluar lagi dan berhenti begitulah seterusnya pada hal masa keluar darahtidak melebihi lima belas hari, apabila dihimpunkan darah itu cukup dua puluh empat jam atau lebih maka darah itu adalah haidh dan masa suci (نَقَاء) yang menyalangi di antara darah-darah yang keluar juga dikira didalam haidh.

Adapun darah yang terputus-putus yang tidak mencapai sehari semalam apabila dihimpunkan tidak dikira darah haidh.
Suci di antara dua haidh

1.Sekurang-kurang tempoh suci yang memisah di antara dua haidh ialah lima belas hari serta malamnya. Kerana dalam sebulan kebiasannya seorang wanita tidak sunyi daripada berlaku haidh dan suci. Oleh sebab tempoh sebanyak-banyak haidh adalah lima belas hari semestinya sekurang-kurang tempoh suci adalah lima belas hari.

2.Tidak ada had pada sebanyak-banyak suci, kerana ada dikalangan wanita yang kedatangan haidh setahun sekali, atau beberapa bulan sekali. Ini boleh terjadi dengan sebab menyusukan anak atau keadan kesihatan dan mungkin juga ketidak suburan seorang wanita itu.

3. Apabila dalam sebulan seorang wanita kebiasannya tidak sunyi antara kedatangan haidh dan suci dan kita ketahui tempuh kebisan haidh tujuh hari atau lapan hari dengan itu baki dari tempuh kebiasan haidh adalah tempuh kebisan suci. Dengan itu tempuh kebiasan suci bagi mereka yang berhaidh tujuh hari ialah dua puluh tiga hari, dan bagi mereka yang berhaidh lapan hari kebiasannya sucinya dua puluh empat hari





 
Suci di antara haidh dan nifas

Sekurang-kurang suci di antara haidh dan nifas boleh berlaku kurang daripada lima belas hari. Samaada terdahulu masa haidh daripada masa nifas atau terkemudiannya dari masa nifas.

Rupa masalah terdahulu masa haidh dari masa nifas, bahawa melihat seorang wanita yang mengandung akan darah kadar sehari semalam atau lebih kemudian berhenti darahnya satu saad setelah itu ia pun beranak maka tempuh sekurang-kurang suci pada masalah ini ialah satu saad.

Rupa masalah terkemudian haidh daripada nifas,seperti seorang perempuan yang sedang bernifas berhenti darahnya dalam masa sesaat setelah enam puloh hari, kemudian keluar darah kadar sehari semalam atau lebih jika tidak melebehi sebanyak-banyak haidh, maka darah yang keluar itu adalah darah haidh. Dan masa suci pada masalah ini se saat .
Suci yang berselang seli dengan haidh (نَقَاء)

Sesaorang wanita terkadang kedatangan suci semasa dia sedang berada didalam tempoh haidhnya adakah suci itu dikira haidh ataupun tidak?

Menurut mazhab Syafie masa yang ia bersih (نَقَاء) daripada haidh itu dikira haidh dengan tiga syarat :

1. Hendaklah waktu suci itu melingkungi antara dua haidh.

2. Hendaklah tempoh bersih dan haidh tidak melebihi lima belas hari.

3. Darah yang keluar tidak kurang dari sehari semalam.

Yang dikehendaki dengan suci disini apabila memasuk seorang perempuan secebis kapas didalam farajnya setelah dikeluarkan kapas itu tidak kelihatan bekas darah.

Contohnya: Seorang wanita kedatangan darah kemudian berhenti darahnya di dalam beberapa waktu kemudian kembali semula darahnya begitulah seterusnya, jika darah yang keluar itu cukup sehari semalam dan masa kedatangan darah dan suci tidak melebihi lima belas hari serta malamnya maka darah yang kelihatan dan suci antara dua darah adalah dikira waktu haidh.
Darah yang keluar semasa mengandung.





Darah yang kelihatan daripada perempuan mengandung tergolong di dalam darah haidh jika menapati ciri-ciri darah haidh, dan sekiranya keluar ia sehinga akhir hari mengandung sekalipun. Tetapi kebiasannya perempuan yang mengandung tidak kedatangan haidh.
Darah yang keluar di antara dua anak kembar

Dua orang kanak-kanak dikira kembar apabila di antara kelahiran yang pertama dan kelahiran kedua tidak sampai enam bulan. Seumpama seorang wanita melahirkan seorang anak kemudian belum sampai enam bulan dia melahirkan seorang lagi, maka kedua anak itu adalah kembar. Dengan itu apabila ia kedatangan darah di antara keluar dua anak kembar itu, maka darah yang kelihatan adalah darah haidh apabila mengikut ciri-ciri darah haidh. Bukanlah darah yang keluar itu nifas, kerana belum kosong peranakan daripada anak.
Darah yang kelihatan di antara keluar anggota dan beranak

Darah yang kelihatan di antara keluar anggota dan keluar anak ialah darah haidh apabila darah yang keluar mencapai sekurang-kurang haidh dan tidak melebihi sebanyak-banyaknya, seperti seorang perempuan yang sedang mengandung melahirkan anggota anaknya yang di dalam kandungan kemudian ia kedatangaan darah sehari semalam atau lebih tetapi tidak melebihi sebanyak-banyak haidh, maka darah yang kelihatan itu ialah darah haidh.
Mengundang kedatangan haidh dan memberhentikannya dengan ubat

Dibolehkan seorang wanita mengunakan ubat bertujuan mendatangkan haidh dan memberhentikannya tetapi dengan beberapa syarat

1. Hendaklah pengunan ubat tidak memudaratkannya, jika sebaliknya maka tertegah daripada mengunakan ubat. Islam melarang umatnya membinasakan diri

2. Mestilah mendapat restu daripada suami, demikian juga pengunan pill perancang keluarga semestinya seorang istiri itu mendapat keizinan daripada suaminya. Kerana disini ada hak-hak suami yang wajib dijaga

3. Janganlah dengan mengunakan ubat untuk mendatangkan haidh bertujuan mengugurkan kewajipan seperti sembahayang, puasa dan lainnya.
Tanda suci dari haidh

Seorang wanita itu diangap suci dari haidh apabila berhenti darah yang keluar dan tidak ada kesan pada kapas yang dimasukkan. Yakni kapas yang dimasukkan setelah dikeluarkan kelihatan bersih dengan tida kesan darah. Jika masih ada kesan darah tetapi tidak keluar darah itu pada zahir faraj yang wajib dibasuh pada ketika istinjak, maka darah itu ialah haidh apabila ia tidak kurang sehari semalam dan tidak lebih dari limabelas hari lima belas malam..

wallahua'lam





3 ulasan:

Copyright © 2013 -BeMie'S WoRLd- All Right Reserved