Facebook

Wednesday, March 30, 2011

Banyaknya Hutang Aku..


Tekan 104.. tak best... 105 pun tak best.. 106 pun takde citer bagus.. 551..adehhh apa ni takder citer best ker... Nak di jadikkan cerita BeMie tutup je tibi tu pastu masuk bilik lalu mengambil majalah yg belum habis baca lagi..


Tertarik pula Bemie dengan satu artikel di ruang soal jawabnya... dan dengan rasa rendah dirinya BeMie pun terasa nak kongsi dengan korang..... untuk dijadikan pedoman kiter bersama...

 Soalannya berbunyi begini..

"Umur saya sudah separuh abad dan permasalahannya ialah lebih kurang 10 tahun yang lalu saya tidak mengerjakan langsung solat fardhu kerana kelemahan iman. Mengharap bimbingan ustaz, apa yang harus saya lakukan?


Jawapan : Solat ialah suatu kewajipan dalam Islam yang wajib di tunaikan oleh setiap Muslim yang mukalaf. Allah s.w.t menegaskan hal ini dalam firman-Nya yan bermaksud; "Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila  kamu berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang ditentukan waktunya." (Surah al- Nisa' 3: 103)


Syukur ke hadrat Ilahi yang telah melimpah taufik dan hidayah kepada tuan sehingga diberi kesedaran untuk mengqada semula solat yang di tinggalkan dahulu.


Mengqada kesemua bilangan waktu solat fardhu yang ditinggalkan hukumnya adalah wajib. Berusahalah sedaya mungkin melangsaikan "hutang" solat tersebut dan berilah tumpuan khusus dan perbanyakan masa untuknya.


Adapun jika tidak mengetahui dengan tepat hendaklah di qada menurut bilangan yang paling hampir sangkaan. Hendaklah berusaha memastikannya sekadar termampu sekalipun tidak dapat menentukannya dengan tepat.


Meninggalkan solat sama ada terlupa, tertidur atau sengaja, wajib bertaubat bersungguh - sungguh kepada Allah s.w.t. Taubat akan diterima sekiranya memenuhi syarat - syaratnya iaitu, berazam tidak akan meninggalkan solat dalam apa jua keadaan, menyesal atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang di tinggalkan dan bertekad tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.


Jika solat yang perlu di qada terlalu banyak, maka harus ditangguhkan dulu solat sunat rawatib (solat yang mengiringi solat fardhu), yakni didahulukan solat qada agar dapat diselesaikan secepat mungkin. Malahan ada ulama yang melarang melakukan solat nafilah walaupun satu rakaat sebelum tanggungan solat wajib diselesaikan secara keseluruhan (Al- Wasail, jil.4 hlm.248)


Wajib bersegera dalam mengqada solat menurut sepakat ulama sama ada solat itu luput kerana uzur ataupun tidak uzur. Menurut pendapat ulama Syafi'iyah, sunat menyegerakan qada bagi yang terluput kerana uzur seperti tertidur atau terlupa, dan wajib disegerakan hanya jika terluput solat tanpa uzur. Paling sahih menurut ulama Syafi'iyyah ialah kedua - dua hal di atas harus  disegerakan berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud; "Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku." (Surah Taha 20: 14) Sungguhpun begitu, melewatkannya setelah masuk waktu adalah satu kemaksiatan yang wajib dihilangkan dengan menyegerakannya."


Masa untuk mengqada tidak ada batasannya iaitu bila - bila masa hatta waktu haram solat pun boleh dilaksanakan juga. Ini menurut pendapat mazhab Maliki, Syafi'i dan Hanabi. Wajib mendahulukan qada solat yang tertinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu tersebut) sekiranya tidak di khuatiri habis waktunya.

Tetapi sekiranya solat qada yang ditinggal itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada daripada tunai. Wajib mendahulukan qada solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur. Wajib mendahulukan qada solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat sunat rawatib. Sekiranya solat qada yang di tinggalkan itu kerana uzur, maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada daripada solat sunat rawatib.


Disunatkan menqada solat mengikut tertib waktu solat seperti diqadakan solat Zuhur sebelum Asar dan seterusnya. Malahan tertib itu sunat diberi perhatian walaupun waktu - waktu qada solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.


Hutang tetap hutang. Biarlah kita mengalami sedikit kesusahan demi mengqada solat yang tertinggal, semoga Allah menerimanya, Tidak ada daya upaya selain Allah.


p/s : Baik kita jangan tinggal solat lagi.. solatlah di mana kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun (susah ke, senang ke, bukankah Allah adalah tempat di mana kita mengadu segala2nya)... lagi lambat kite nak mulakan solat semakin banyak hutang kita dengan Allah... Na'uzubillah.. 
Apa  lagi ...Jomm Solat...

Terlintas dan terfikir di kepala BeMie hutang sesama manusia pula....Allahhuakbar..

Wallahu ‘alam bi sawab.

Oleh : Ustaz Syed Mohd Fadzli al- Yamani
Soal Jawab Solat hlmn 38 Solusi #25
Share:

5 comments:

  1. thanx bemie..

    rajin bemie salin semula artikel ni.. :)

    ReplyDelete
  2. buat yg termampu dengan usaha sungguh2. Kekuatan dan KEIKHLASAn hati dlm tekad berubah tu yg menjadikan ALLAH memandang usaha kita. Sebagaimana kisah hamba Allah yg meninggal dalam usahanya utk bertaubat pada masa perjalanan utk ke negeri yg lebih baik.

    ReplyDelete
  3. @ senget - sama2
    @ fatimah - terima kasih fatimah... kisah yg mana ni fatimah.. share sikit kt sini.. heeehehe

    ReplyDelete
  4. @ fyy - Amin Ya Robbal Alamin...

    ReplyDelete

BeMie's Followers

Total Pageviews