Lama rasanya BeMie tak menyentuh column Agama dalam blog ni.. setelah membaca satu artikel, terasa ingin pula berkongsi ilmu dengan pembaca di blog... di harap dapat memberi panduan dan peringatan sesama kite termasuk diri Bemie sendiri... Jadi.. untuk memenuhi column ini BeMie nak share mengenai Aurat...
Aurat dari segi bahasa bermaksud keaiban. Dari segi istilah pula, aurat didefinasikan bahagian anggota badan, sama ada lelaki atau perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan kepada khalayak.
Dalil...
Amat penting bagi wanita mengetahui dan jelas akan dalil - dalil yang menganjurkan supaya aurat "disembunyikan" daripada pandangan orang yang tidak berhak.
Anjuran menutup aurat jelas difahami daripada maksud firman Allah s.w.t ini yang meliputi wanita dan lelaki: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda - tanda kekuasaan Allah, mudah - mudahan mereka selalu ingat." (Surah al- A'raf 7: 26)
Anjuran supaya menutup aurat buat wanita terkandung dalam ayat yang sinonim dengan wanita iaitu ayat 31 dalam surah al - Nur. Allah berfirman yang bermaksud: "... dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." Menurut Ibn Abbas, Ibn Umar dan Aisyah, bermaksud "kecuali yang (biasa) nampak daripadanya" ialah anggota tubuh yang boleh malah perlu nampak iaitu wajah dan kedua - dua tapak tangan.
Allah juga berfirman dalam surah al - Ahzab ayat 59, mafhumnya: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri - isterimu, anak - anak perempuanmu dan isteri - isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yng demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Wanita itu aurat, apabila mereka keluar, maka syaitan memperlihatkan keindahannya." (Riwayat al-Tarmizi no. 1173)
Batas Aurat Lelaki dan Wanita
Aurat lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut. Dalam satu riwayat daripada Jarhad Rasulullah s.a.w ternampak Jarhad yang sedang berada di masjid. Saat itu terdedah peha Jarhad. Rasulullah menegurnya melalui sabda Baginda yang bermaksud "Peha itu aurat." (Riwayat al-Tirmizi no 2795)
Berbeza dengan aurat lelaki, aurat wanita berubah - ubah mengikut situasi seperti berikut:
Aurat sesama wanita Muslimah
- Dari pusat hingga ke lutut
Aurat dgn lelaki ajnabi
(sama ada lelaki Muslim atau bukan Muslim)
- Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan
Aurat dgn wanita bukan Muslim
- Sama dgn aurat di hadapan lelaki ajnabi. Ini berdasarkan
hujah bahawa dibimbangkan wanita non - Muslim
mendedahkan kepada lelaki ajnabi. Namun dalam situasi
tertentu seperti di asrama sebilik dengan pelajar non -
Muslim dan jika dia baik moralnya, maka dibolehkan
mendedahkan anggota badan yang biasa terdedah
(seperti rambut, leher, tangan hingga ke siku dan kaki)
tatkala melakukan kerja di dalam rumah.
Aurat di hadapan mahram
- Dari pusat hingga ke lutut menurut mazhab Syafi'i
Aurat Dalam Solat
- Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan
Aurat wanita dengan kanak - kanak
- Kanak - kanak belum mumaiyiz tiada aurat
- Kanak - kanak mumaiyiz yang tiada syahwat auratnya
ialah dari pusat hingga lutut.
- Kanak - kanak mumaiyiz yang ada syahwat dan ajnabi
auratnya ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat bersama suami
- Tiada aurat
Kesilapan Pemahaman Mengenai Aurat Wanita
Ramai wanita yang mengambil ringan soal aurat. Malah ada beberapa kesilapan dari segi pemahaman dan amalan yang wujud dalam kalangan wanita Muslimah. Ramai yang beranggap menutup aurat itu sekadar memaki tudung. Hakikatnya yang lebih penting adalah menutup bentuk tubuh badan, yakni tidak memakai pakaian yang sempit ataupun ketat. Berhati - hatilah wahai wanita, apabila kita akan melangkah keluar rumah adakah dalam keadaan Allah redha atau sebaliknya?
Ingatlah bahawa wanita yang masih memberi alasan - janganlah gadaikan kebahagiaan akhirat dengan alasan rimas atau tidak selesa untuk penampilan Mukminah. Moga Allah bantu kita menjadi sebaik - baik perhiasan dunia, bukan sebagai senjata syaitan yang menyesatkan lagi anak Adam, amin...
Wallahu ‘alam bi sawab.
Oleh : Husna Hassan
Fiqah Wanita hlmn 85 Solusi #25
wahh..jadi ustaz lak..bagus2...saya insap =(
ReplyDelete@ lalink - saya pun insap hehe
ReplyDelete