Facebook

Tuesday, March 29, 2011

Islam Mengangkat Darjat Wanita


1. Mengutamakan Ibu atas Bapa 

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata, "Wahai Rasulullah , siapakah orang yang paling berhak aku hormati?"
Baginda menjawab, "Ibumu"
Lelaki itu terus bertanya, "Kemudian Siapa?"
Nabi s.a.w menjawab "Ibumu"
Lelaki itu bertanya lagi, "Kemudian Siapa?"
Nabi s.a.w menjawab "Ibumu"
Sekali lagi dia bertanya, "Kemudian Siapa?"
Nabi s.a.w menjawab "Bapamu"
(Riwayat al- Bukhari dan Muslim)


2. Anak Perempuan Menjadi Penyelamat di Akhirat

"Sesiapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya daripada api neraka" (Riwayat al-Bukhari). Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan. Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik - beradik. "Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki." (Riwayat Abu Daud).
 

3. Amal Soleh Wanita Diiktiraf Oleh Allah sebagaimana Amal Soleh Lelaki Diiktiraf

"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun." (Surah al - Nisa' 6: 124)



4. Hak Wanita Diiktiraf

Umar al-Khatab r.a berkata "Pada zaman jahiliah, kammi tidak pun menghargai wanita walau sedikit pun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut - nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami."





Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta’ti suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya”. (Riwayat Al-Bazaar)
Wallahu ‘alam bi sawab.

Sumber: Solusi #25 Hlmn 70
Share:

4 comments:

  1. harap2 mampu jadi anak perempuan yg berjasa...

    ReplyDelete
  2. Sharing ;

    Doa wanita juga lebih makbul dari doa lelaki kerana sifat penyayangnya sebagaimana ditanya akn hal ini kpd Rasulullah s.a.w, baginda menjawab "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yg penyayang tidak akan sia-sia".

    ReplyDelete
  3. @ Senget - Insya Allah sama2 la kiter berdoa yer senget..

    @ suffer - tq suffer

    @ mokpah - terima kasih mokpah share ilmu kat sini

    ReplyDelete

BeMie's Followers

Total Pageviews