Facebook

Friday, August 27, 2010

Mungkin Itu Kekuranganku.... (Kang Ko vs Law Kang)




Salam Nuzul Quran... Salam Ramadhan, Salam Sahur, Salam Berbuka, Salam 1 Malaysia dan macam2 salam lagi termasuk laa Salam Tangan.... Selepas selesai berbuka puasa semalam bersama YB Kompas dan YB Abd Ghuyub Patail... Bemie pun terus je balik ke rumah dengan kadar segera..


Berikutan Bemie dah janji dgn adik beradik Bemie tuk balik ke kampung malam tu jugak.. so diringkaskan cerita bertolak kul 1130 malam sampai dalam 145 pagi camtu laa.. perjalanan dari Rohan ke Law Kang (pekan kecil bersempadan dgn Shire)  mengambil masa lebih kurang 2 jam ke 2 jam setengah dengan menaiki kereta berkelajuan sederhana...

Pekan Law Kang
Pastu BeMie pun tidor dan bangun sahur bersama keluarga pada pukul 445 pagi.. Alhamdulillah semua dalam keadaan sihat Walafiat cuma abah je batuk2 sikit.. katanya dah seminggu.. adeh..




Okey.. bermulalah hari Bemie di Kg dan pada petang tadi mak dah mula sibuk kat dapur dibantu oleh 2 org adik Bemie untuk menyediakan makanan tuk berbuka maklum laa anak- anak dia semua balik...  pelbagai jenis binatang dari laut sampai la darat dan pelbagai jenis tumbuhan dari yg warne hijau sampai merah di masak pelbagai cara... Bemie pun tanak ketinggalan menunjuk bakat di dapur..





Kali ni Bemie bukan nak cerita pasal apa yg mak Bemie masak.. sebab dia memang dah pro.. Kali ni Bemie nak tunjuk korang apa yg Bemie masak tuk santapan keluarga selain dari apa yg mak Bemie masak... paham... hhehehe tak paham sudah...

Nama masakan ialah "Lada Kering Bersama Bawang Serta Ramuan Rahsia Untuk Binatang Laut" macam tajuk lagu lak nama resepi ni.. kekeke


Okey.. bahan2nya ialah

Lada Kering Yg Dipotong Halus

Pastikan Lada Kering dibeli bukan dari kedai Lo Chik di Kang Ko atau pun Se Nam di Law Kang

Bawang Merah yg Dikupas Cantik

Bunga Ekor Kucing


Susu Tea Pot dan Bahan2 Rahsia
Cara2nya senang je.. campurkan semua benda ni blend dan letakkan didalam esbok selama 2 jam hingga 2 jam setengah... sama masa cam balik dari Rohan ke Law Kang ni.. so tuk tidak membuang masa Bemie pun ajak la Along dan Miss Lime yg sedang kelaparan bersiar2 sekitar kawasan kampung.. maklum laa lama tak balik.....

Along yg sengsara menahan kelaparan
So kiteorg pun bermula dengan pegi tgk sungai kat Kang Ko.. Kang Ko ni merupakan satu lagi pekan kecil di dalam pekan Law Kang


Sungai Ni Bertentangan dengan Sekolah di Kang Ko
Ni la rupanya pekan Kang Ko.. memang koboi giler.. yg ada kat sini 3 kedai runcit 2 kedai kopi cina..

Pekan Kang Ko
Kemudian kiteorang kembali ke Pekan Law Kang tuk pergi ke Bazar Ramadhan tgk2 kuih dan awek.. heheh

Bazar Ramadhan Di Law Kang
Punya la leka.. tau2 dah Azan Maghrib jer.. mula la menggelabah sebab tak beli apa pun kat Bazar Ramadhan tu.. cuma tgk orang je... jadik kiteorg pun berenti kat Petronas tuk buka puasa free..  ada nasi lemak kurma air teh tarik, air mata kucing , kuih kaswi dan macam2 kuih lagi.. tapi kiteorg takder la makan nasik kt situ cuma minum air ngan mkn kuih kaswi sepotong jer..

Nama Kakak ni Shidah kot ada nama kt baju dia... baik je layan aku.. tq kak

En Angin Dan Cik Air pun berbuka pose jugak
Kemudian kami sambung perjalanan balik ke rumah untuk berbuka lebih proper.. sampai je kat rumah terus je Bemie mendapatkan esbok tuk mengeluarkan masakan Bemie yg di eram lebih 2 jam setengah...dan ini lah hasilnya... tadaaa

Lada Kering Bersama Bawang Serta Ramuan Rahsia Untuk Binatang Laut
Semua org memuji masakan Bemie.. dan membuatkan Bemie rase macam nak masak lagi resepi2 yg lain pada masa akan datang hehehehhe...

Kuih Along
Sesudah je makan Bemie pun pow la kuih along ni.. sebatang dua.. puss puss lagi.. heheh
Share:

8 comments:

  1. bestnya balik kg. rileks je rasa tgk pic...view kg. cntik :-)

    nama kg unik huhu..kang ko ngn law kang. retro je gaya kg.

    p/s : esbok tu ape..???? konfuse.

    ReplyDelete
  2. cuba la search kalau jumpa nama kg tu.. wakaakkaka esbok tu ice box atau pun peti ais le.. heeheh

    ReplyDelete
  3. law kang..law cik??

    ReplyDelete
  4. @ terhantuk - raya balik law kang tak?

    ReplyDelete
  5. law cik gak yg kaya
    -naam-

    ReplyDelete
  6. tu la pasal.. ah hua pun dah takder dah... hehe

    ReplyDelete
  7. bila nak masak utk saya plak??

    ReplyDelete
  8. law kang! nasib baik bukan long kang

    ReplyDelete

BeMie's Followers

Total Pageviews

Blog Archive