Facebook

Thursday, August 26, 2010

Anak Dara 2 Sebilik



Huhu.. tak abis penat lagi balik dari Bahrain sampai je Malaysia terus je waktu berbuka... cam biasa org yg ambik aku tak lain dan tak bukan ialah YB Kompas dan turut memeriahkan majlis adalah YB. Abd Ghuyub Patail (Penyandang Ketua Blok Rumah Pangsa Seri Murni yg paling popular di pekan ini...)


Jadi secara tak langsung kiteorg berbuka bersama di sebuah restoran yg paling besar di pekan kecil yg di beri nama Shire (tempat tinggal hobbit).. semua org kat sini bantut2 kaki besar dan berbulu panjang... apa yg aku amati golongan org hobbit ni.. walaupun berkeadaan sedemikian mereka dikurniakan perasaan yg tidak gelojoh seperti manusia spesis lain.. YB Abd Ghuyub Patail adalah dari golongan spesis ini.. (Tapi apsal dia ni gelojoh.. kekekek)

Ok kite lupakan pasal hobbit...

Dari Kiri: YB Abd  Ghuyub Patail (Bermulut Sengit) dan YB Kompas (Layan Stim)

Berbalik kepada cerita berbuka.. sesampainya kami di restoran ni (tak ingat aku nama restoran ni apa nama dia ek.. haa... "mimpi shire".. heheh) kami dilayan dan disambut mesra oleh seorang pelayan lelaki dgn penuh senyuman.. Suddenly...raut wajah YB Abd Ghuyub Patail bertukar menunjukan ke"frust"san yg amat sangat sambil berbisik kat telinga aku..

"Apa la jantan yg layan kiter.. tak patut tul.. takder ke pompuan2 lawo yg nak serve kite ni.. ingat kite tak hensem ke.."

"Dah ko yg bawak aku ke sini, mana la aku tau.. lagi pun ni tempat ko bukannya kg aku.." kata aku sambil membulatkan bijik mata dan mengerbangkan rambut aku supaya nampak garang cam singe..

"Dia org ni tak tau ke, aku ni orang besar kat sini.. tak reti respect langsung... bla,,, bla.. bla" mulut YB Abd Ghuyub Patail terkumat kamit membebel dalam nada suara tone rendah mungkin C minor kot... rase aku laaa

Tengok Mulut Dia

 Aku malas nak layan sangat.. gasak ko la Ghuyub baru setakat jadi penyandang ketua blok dah nak kerek cam menteri.. tak tau le esok kalau ko jadi ketua blok entah camner la perangai ko kan.. YB Kompas memandang aku mengangkat kening sambil mencebik bibir ke arah YB Abd Ghuyub Patail tanpa pengetahuannya.. aku tersipu2 malu sambil main bucu baju menahan gelak... (apsal lak aku nk malu.. cam siot jer)


"Apa makan best yg ada kat sini" tanya YB Abd Ghuyub Patail

"Silakan duduk encik.. sebentar ye saya ambilkan menu" pelayan lelaki tersebut menunjukkan meja kosong tuk kami... dan terus pergi ke kaunter cashier tuk megambil menu... belum sempat pelayan tu beredar tangannya telah di capai oleh YB Abd Ghuyub, lalu menempelak pelayan itu..

 "Hoi aku YB laaa..."

Semua pengunjung restoran itu memandang ke arah YB Abd Ghuyub iaitu aku dan YB Kompas (sebab kiteorg je kastemer kat restoren tu)..

"Oii Ghuyub dah laaa setakat penyandang ketua blok ko nak kerek takyah la nak berYB2 sangat lagi pun org lain bukan panggil ko camtu pun pangkat tu kiteorg je yg kasik.. adehh ko ni poyo laaa"  YB Kompas sound YB Ghuyub setelah diam memerhatikan tingkah lakunya dari tadi.. (mungkin dah tak tahan sangat kot.. pape pun tima kasih YB Kompas kerana melampiaskan apa yg aku kemam tuk cakap tadi.. heeheh)

Dipendekkan cerita, makanan kami pun sampai...

Kuih Anak Dara 2 Sebilik

seperti yg di sajeskan oleh pelayan lelaki tadi iaitu appetizer "Kueh Anak Dara 2 Sebilik" masa pelayan tu hantar appetizer kami ni dan menyebut nama kueh tu.. YB Kompas mula tersenyum riang... YB Ghuyub Patail pula tersengih dan mengangkat mata kepada aku sambil menyambar 2 ketul sekali gus kuih Anak Dara 2 Sebilik .. (kononnya cam dapat anak dara 4 dua bilik laa) piiiirahhh... rakus tul si Abd Ghuyub Patail ni.. tak padan ngan bantut, kaki beso, idong kembang, bulu kaki panjang... pantang dengar anak dara... pantang dengar bilik.. laju je dia...




Selesai appetizer..  Sementara menunggu hidangan seterusnya.. YB Kompas sempat melayan perasaan terkenangkan isteri beliau Puan Sri (bini YB mustilah Puan Sri) yg jauh dimata dekat dihati sambil memandang bulan yg cantik...




aku cam biasa malas nk tanya berkenaan soul ni... tapi aku paham, sebab aku pun org.. heeheh  so aku biarkan YB Kompas layan blues...... *huhu...


sementara YB Abd Ghuyub Patail pula telah khayal meratah tubuh2 kecil anak2 dara tadi... (gelojoh ar jantan ni.. rase cam nak buang je watak dia ni.. tak tau ke ramai org bace ni.. segan ar sikit woi..seng tul..)



Gua Layan kan je.. Gua tau lu kencing gua Abd Ghuyub..
Kebelussan YB Kompas tersentap apabila aroma Main course kami iaitu nasik putih dan masakan paling popular dan ternama di pekan tu... iaitu "Masak Lada Kering De' Blender Letak Asam Keping Bersama Ikan Pari dan Merah"  (fuhhh dah la panjang nama, glamer lak tu nama siap ada de' lagi.. nasib baik tak letak nama tukang masak sekali.) berwap2.. apalagi kami pun balun laaa...




Untuk pencuci mulut pihak restoran telah menyediakan kuih muih yg pelbagai perisa dan berkepul2.. tahniah aku ucapkan kepada Pengurus restoran ini kerana keperihatinan menyediakan kuih muih pelbagai rase...

Bukan Sekadar Multi Rase Malahan Multi Color.. Bagus2.. heehhe

Maka arakian kami dengan perlahan - lahan (tidak rakus) menikmati kuih muih pelbagai warna dan rase dengan nikmatnya....


YB Abd Ghuyub Patail di Pakse Mengambil Gambar Kami walaupun Beliau Merupakan Ketua Blok Yg di sanjungi... keke


Aku bersetuju atas cadangan YB Kompas tuk bawak YB Abd Ghuyub Patail lagi.. sebab boleh tolong ambik gambar kiteorg walaupun shaking...


Maka... itulah ceritanya..Kesudahannya kami balik dengan hati yg gembira kerana kekenyangan bersama Anak Dara 2 Sebilik... (walaupun dalam hati masih lagi konfius kenapa la kuih tu dinamakan sedemikian rupa)

p/s pasni layan port lain la wei... Ghuyub... bile nak banjer kiteorg kat tempat best2... sampai ati ko tak banjer tuk besdei kiteorg ... padan muka ko.. aku jadikkan watak tak senonoh untuk ko agar ko dipandang hina oleh masyarakat Melayu, India, Cine, Iban mahupun Milanau.. Baik ko banjer cepat.. kalo tak aku ngan YB Kompas akan bagi watak2 tak senonoh lagi..  Cepattttttttttttt............... Lagi satu jgn lupa bagi aku Canon DSLR... yer.. aku nak ambik gambar bulan... kalo ko tak bagi.. jgn mimpi la ko nk jadi penyandang ketua blok lagi tuk pilihanraya akan datang..

Salam 1 Malaysia dan Selamat Malam...

Ni je Gambor Bulan yg Sempat Aku Snap Semalam
Share:

10 comments:

  1. kuih rupenya ingtkan ank dara apa la....tp sy panggil kueh ni ngn nama lain. hehe..

    ReplyDelete
  2. panggil nama apa patimah.. anak teruna sorang dalam bilik ke..wakakka

    ReplyDelete
  3. takla..ini kueh yg slalu jual kt kg. mana dia cam pulut dakap. erk...rasanya la..hikhik.

    p/s :

    ReplyDelete
  4. kuih ni sebenarnya mmg guna anak dara.. masa makan tak rasa.. dah balik umah nanti die kuar ikut bontot. betul.. tak caya tanya le YB

    ReplyDelete
  5. hahahaha! ko klaka laa encik YB... terlayan blues aku jap... mengenangkan YB Kompas yg terkenangkan Puan Sri dia kan... hihihi

    ReplyDelete
  6. @kompas - ko sempat makan ke kompas kuih ni.. ke YB Abd Ghuyub Patail dah sebat semua..? betul tu YB Kompas semlam balik jer terus berak.. baunya pun lain sikit.. macam bau anak dara lepas mandi.. ko punya bau aper..?

    @matamata - itu pun nasib baik terbau makanan.. kalau tak mau dia mencangkung tgk bulan tu... sampai time sahur..

    ReplyDelete
  7. aku sempat makan dua orang budak dalam bilik je.. ingat nak makan empat tapi YB Ghuyub dah sebat semua. yang tinggal anak dara bogel je.. sebat juga le..tapi luar bilik le. dalam bilik Ghuyub dah amik...

    ReplyDelete
  8. pehh....mati2 aku ingat korg kat morocco
    meleleh air liur tgk anak dara tu

    ReplyDelete
  9. @Kompas - Luar bilik pun luar bilik laaa,, janji merasa... YB Ghuyub pun satu.. semua dia nak sapu

    @Dark Half - Morrocco minggu depan... lu tamau folo ker.. kiteorg bukan apa tanak gi sana.. sana 9 janda setengah bilik.. adeh.. klau lu nk follow gitaw gua.. hehehe

    ReplyDelete

BeMie's Followers

Total Pageviews

Blog Archive