Facebook

Friday, April 8, 2011

Adab Berdoa


Haaaa.. Nak berdoa pun kena  beradab tau... Macam kiter masa kecik nak mintak sesuatu ngan mak bapak kiter.. mesti ada cara dan adab, tul tak.. begitu juga dengan meminta atau berdoa kepada Pencipta kita... 

Ok.. perhatikan beberapa adab berdoa seperti berikut. Semoga doa yang dipanjatkan aakan dimakbulkan Allah s.w.t
  1. Apabila seseorang itu hendak berdoa kepada Allah, hendaklah dia melakukannya dengan sebaik - baik dan bersungguh - sungguh.
  2. Pada waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
  3. Menghadap Kiblat
  4. Merendahkan suara antara kedengaran atau tidak.
  5. Cukup dengan kata - kata yang sederhana, sopan dan tepat mengenai hajat yang dimohon. Amat baik jika doa yang dipilih ialah doa yang diamalkan oleh Rasulullah.
  6. Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk kepada Allah s.w.t
  7. Yakin dengan sepenuhnya bahawa Allah s.w.t akan memperkenankan doa dan tidak gelisah jika doa tidak diperkenankan.
  8. Bertaubat sebelum berdoa
  9. Menyebut dan memuji Allah s.w.t

p/s : Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan -jalan manusia tak sangka, tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan...

Wallahu ‘alam bi sawab.

Sumber: Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
Solusi #28 Hlmn 47
Share:

3 comments:

  1. doa tu penting dalam setiap perkara yg kite lakukan.....................

    ReplyDelete
  2. "La tahzan, innallaha ma'ana".

    ReplyDelete
  3. @ Kak Limah - Ye betul kak limah
    @ Fatimah - La Tahzan

    ReplyDelete

BeMie's Followers

Total Pageviews