Facebook

Friday, April 1, 2011

Adab Ketika Marah

Rasulullah s.a.w pernah menasihatkan seorang lelaki; "Jangan Marah." (Riwayat al- Bukhari). Menurut al - Khattabi, maksud larangan tersebut adalah menjauhi sebab - sebab yang mencetuskan marah dan jangan melakukan sesuatu yang mangarah kepadanya. Mari perhatikan adab - adab ketika marah seperti berikut:

Jangan Marah Kecuali Kerana Allah. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Demi Allah Baginda tidak pernah marah kerana urusan peribadi yang beliau hadapi kecuali apabila larangan Allah dilanggar, maka beliau akan marah kerana Allah," (Riwayat al-Bukhari no. 6404)

Ingat Kekuasaan dan Keagungan Allah ketika marah.

Menahan Marah. Allah menyukai orang yang menahan marah sebagaimana firman - Nya yang bermaksud "... dan orang yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Surah Ali'Imran 3: 134)

Berlindung Kepada Allah Ketika Marah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "Jika seseorang yang marah mengucapkan 'A'uzubilla' (aku berlindung kepada Allah), nescaya akan reda kemarahannya." (Riwayat Ibn 'Adi)

Diam. Daripada Imam Ahmad, maksud sabda Baginda s.a.w.: "Ajarilah, permudahkanlah dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah ia diam."

Mengubah Posisi. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah).

Berwuduk. Marah itu api syaitan. Oleh sebab itu, sejukkan marah dengan berwuduk.

Bersabar & Memaafkan.  Sebaik - baik orang yang marah, memaafkan orang yang dimarahinya. Maksud firman Allah: "Dan jika mereka marah, mereka memberi maaf." (Surah al - Syura 42: 37)
Jangan Berdendam. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kamu memberi balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar." (Surah al - Nahl 16: 126)
p/s Untuk meredakan kemarahan bacalah Ya Rauf sebanyak 10 kali serta Selawat ke atas Nabi s.a.w 10 kali... Sekiranya untuk org lain maka tiupkan kearah orang yang marah itu atau di tiup ke dalam makanan atau minuman lalu di beri minum kepada orang yang pemarah..  atau membaca doa berikut

 Yang bermaksud: "Ya Allah Ya Tuhan Muhammad! Ampunilah segala dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan dan lindungi aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan."

Wallahu ‘alam bi sawab.


Sumber: Solusi #25 Hlmn 74
Share:

0 comments:

Post a Comment

BeMie's Followers

Total Pageviews