Suatu hari, seorang pemuda diserahkan bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.
"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir." kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya. Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah sufi itu.
"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakaian sehelai dua." jawab guru sufi.
Mereka pun memulakan perjalanan yang jauh. Setelah agak lama, mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.
"Kita akan mendaki bukit ini."
"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.
"Nanti, nanti.. saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu."
Dalam hati berasa lega, dan tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat - sangat keletihan. Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata,
"Sekarang ada dua ekor keldai, saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi." pintas pemuda itu.
"Tidak!" kata guru sufi.
"Mengapa?"
"Jangan tanya. Patuh Sahaja." Pemuda itu terkejut. Tetapi tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa apa - apa beban?"
"Tidak. Sebaliknya kamu mesti memikulnya"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi ini?"
"Ya. Pikul keldai ini dan naik ke atas bukit." jawab guru sufi itu pendek dan tajam.
Maka dengan susah payah, dia memikul keldai sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu. Termengah - mengah. Dia benar - benar keletihan. Sebaliknya guru sufi itu bersantai - santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan, pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan.
Setelah merawati pemuda dan memberinya minuman, guru sufi itu pun berkata,
"Anakku, keldai itu umpama nafsumu. Allah menciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."
"Maksud tuan?"
"Dengan menurutkan nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu - satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi." Pemuda itu terdiam.
"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurkan."
"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"
"Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lerenng bukit ini dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan kearah kebaikan."
"Ya.. Ya.. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai mendaki bukit." akui pemuda itu.
p/s : Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu, bukan kita dikawalnya
Wallahu ‘alam bi sawab.
Sumber: Solusi #25 Hlmn 108
antara cara mengatasi nafsu dengan
ReplyDelete1) slalu berzikir, dudk, bangun, baring pun.
2) menundukkan pandangan
3) bykkan ibadah (quran, solat)
4) selalu menekan kan diri yg Allah melihat.
kalu ada yg lain2 boleh share....
@ sabar - tima kasih.. share ilmu
ReplyDelete