Facebook

Wednesday, April 6, 2011

Ciri Suami Idaman


Satu Siri yang mesti dimiliki oleh suami yang menjadi idaman isteri ialah sering melakukan aktiviti bersama. Antara aktiviti yang baik dilakukan bersama - sama ialah:

  1. Solat Berjemaah - Sekiranya suami berada di rumah dan mempunyai halangan untuk solat di masjid atau di surau, maka hendaklah solat berjemaah bersama - sama isteri dan anak- anak. Jangan solat berasingan, melainkan ada hal - hal yang tidak dapat di elakkan
  2. Makan Bersama/Berjemaah - Makan berjemaah bermaksud makan bersama - sama. Makan berjemaah akan membuahkan perasaan kasih sayang antara mereka. Suami mestilah bijak mencari peluang untuk makan bersama - sama ahli keluarga walaupun sibuk dengan urusan mencari nafkah. 
  3. Riadah Berjemaah - Riadah ialah aktiviti jasmani yang dilakukan pada waktu petang. Kepada suami yang sibuk dengan kerjayapada hari - hari biasa, luangkan masa untuk melakukan aktiviti riadah bersama - sama ahli keluarga pada setiap hujung minggu. Sekurang - kurangnya seminggu sekali. 

Wallahu ‘alam bi sawab.


Sumber: Solusi #25 Hlmn 84
Share:

3 comments:

  1. penyelesai masalah - umpamanya bila suami ada, masalah pun bukan masalah lagi...

    ReplyDelete
  2. @ Linda - Suka statement tu,.. heheh
    @ suffer - heheh tq suffer

    ReplyDelete

BeMie's Followers

Total Pageviews