Seorang pencuri datang menemui seorang ulama untuk bertaubat.
"Saya ingin bertaubat daripada dosa - dosa saya. Apa nasihat tuan kepada saya?"
"Apa yang kau mampu tinggalkan daripada segala yang haram, Allah akan izinkan kau mendapatkannya dengan cara yang halal." kata ulama tersebut.
Malam itu lelaki yang bertaubat itu tidur di masjid. Dia tidak mahu tergoda untuk kembali mengulangi perbuatan jahatnya. Tetapi bila malam bertambah larut, perutnya berasa sangat lapar. Tetapi dia tidak ada wang untuk membeli makanan. Akhirnya dia kalah dengan godaan. Perlahan-lahan dia keluar daripada masjid untuk mencuri.
Dia menceroboh masuk ke sebuah rumah besar. Tentu penghuninya sangat kaya, fikirnya. Di bahagian dapur, didapati ada makanan diatas sebuah meja. Dia pun segera mencuri makanan itu. Namun, dia teringat akan pesanan ulama tadi: "Apa yang kau dapat tinggalkan daripada yang haram, Allah akan izinkan kau mendapatkannya melalui jalan yang halal. Spontan dia membatalkan hasratnya.
Dia terus bergerak dari bilik ke bilik. Setibanya di sebuah bilik, dia melihat harta yang banyak. Lantas, dia mengeluarkan karung yang dibawanya. Tetapi sebaik sahaja menyentuh harta tersebut dia teringat lagi kata-kata ulama itu. Maka, dia batalkan saja hasrat jahatnya itu.
Sebelum keluar dari rumah tersebut, dia terpandang tuan rumah itu, iaitu seorang wanita yang jelita sedang tidur. Timbul pula keinginan jahatnya untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap wanita itu. Namun, apabila dia teringat akan pesanan si ulama tadi, terus ditinggalkan niatnya itu.
Kemudian dia kembali ke masjid dengan keletihan dan kelaparan. Selepas solat Subuh, seorang wanita memasuki masjid dan terus menemui ulama yang mengimami para jemaah.
"Tuan, tolong saya tuan. Saya menemui jejak seseorang yang memasuki rumah saya malam tadi. Tapi anehnya tidak ada satu barang pun yang hilang. Namun saya takut dia akan kembali ke rumah saya nanti."
Adakah kau tinggal bersendirian?” tanya ulama itu.
Wanita itu menjawab, " Ya, sejak kematian suami saya.”
"Mahukah kau jika aku carikan seorang lelaki sebagai temanmu?"
"Apa maksud tuan?”
Ulama itu pun terus memanggil lelaki tersebut, dan meminta persetujuan kedua-duanya untuk dikahwinkan. Beberapa hari kemudian, mereka dinikahkan.
Selepas hari pernikahan, lelaki itu berkata kepada ulama tersebut, "Ini semua berkat nasihat tuan. Benar kata tuan, Allah telah memberi saya secara halal atas apa yang saya inginkan secara haram. Makanan, harta dan yang paling bertuah saya mendapat seorang wanita yang baik sebagai isteri."
p/s : Tidak rugi mengikut jalan kebenaran. Tidak akan untung dengan melakukan kemungkaran. Pengorbanan untuk melalui jalan Allah, walaupun susah pada awalnya akan mendapat ganjaran yang besar tidak lama selepas itu.
Wallahu ‘alam bi sawab.
Wahhh... Allah sentiasa membantu hambanya yang benar2 ingin bertawbat.. :)
ReplyDeletebaru dengar cerita ni hari tu..
ReplyDeletesape ek cerita.. =..=" x ingat..
@ Cik Arda - ye tepat arda
ReplyDelete@ senget - tak pe.. lagi byk kali dengar lagi bagus.. pastu leh sampai2kan kat org lain.. heheh