Facebook

Thursday, April 14, 2011

Makanan Seimbang


Pengambilan makanan yang seimbang amat penting untuk kesihatan badan. Kesihatan badan dipengaruhi oleh jenis makanan dan minuman yang di ambil. Makanan yang seimbang boleh mencerdaskan pemikiran dan mental seseorang.



70% daripada keseluruhan manusia terdiri dari air. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan berlakunya dehidrasi, yang boleh mengakibatkan rasa lemah dan susah menumpukan perhatian.


Makan banyak buah - buahan dan sayur - sayuran kerana dua jenis makanan ini mengandungi bahan antioksidan yang melindungi dan memberikan nutrisi yang diperlukan oleh sel - sel otak. 


Disamping itu, dengan memakan buah - buahan dan sayur - sayuran ia akan mengurangkan risiko terkena kanser, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari, diabetes dan osteoporosis. 

Amalkan makan apabila lapar, minum apabila dahaga dan berhenti sebelum kenyang. Ini  adalah saranan Rasulullah s.a.w sendiri.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sangat buruk manusia yang memenuhi perutnya. Cukuplah anak Adam makan beberapa suapan sahaja untuk menegakkan tulang rusuknya sehingga apabila dia ingin melakukan (makan), maka sepertiga perutnya untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertigaa untuk pernafasan." (Riwayat Ahmad)


Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang kafir makan dengan tujuh perut dan orang Mukmin makan dengan satu perut sahaja." (Riwayat Muslim daripada Abdullah Bin Umar)


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Makan dan minumlah. Dan janganlah berlebih - lebihan. Sesungguhnya Allah tidak sukakan orang yang melampaui batas." (Surah al- A'raf 7: 31)




p/s: Saya akan cuba amalkan....  Ada saper2 leh tolong tak...? Camner nak wat sayur tu rase sedap... heheheh

Wallahu ‘alam bi sawab.
Share:

8 comments:

  1. makan meggi okey kan? hahahahhaha

    ReplyDelete
  2. @ lalink - masak lebih sikit yer.. heheh

    ReplyDelete
  3. hehehe..tak suka mkn sayur ke bemie?? hahaha..

    ReplyDelete
  4. @ senget - sayur mmg feberet BeMie.. hehehe

    ReplyDelete
  5. wat sup sayur.....
    tambah ikan bilis :-)

    ReplyDelete
  6. bayangkan sayur tu best

    Salam Ziarah
    mey join "moment to be remember Giveaway" mima||
    http://rosmimarazak.blogspot.com/2011/04/hye-semua-okay-kali-nie-mima-pulak-nak.html

    ReplyDelete
  7. @ syamimi - yelah.. dah lama tak makan camtu.. heheh
    @ cikmima - tq singgah sini... heheh

    ReplyDelete
  8. jom kurus dgn sd11,hanya satu minggu berat anda akn turun sebanyk 5kg,mhanya minum susu dan diet sd11 yg boleh mkn berbagai-bagai makanan.pada sesiapa yg berminat bole hubungi nmbr office saya di0391345302,n sms or whatsaap 01114353800

    ReplyDelete

BeMie's Followers

Total Pageviews