Facebook

Sunday, April 3, 2011

Adab Semasa Musafir


Wanita Tidak Bermusafir Kecuali Ditemani Muhrimnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak halal bagi seorang wanitayang beriman kepada Allah dan hari akhirbermusafir selama sehari semalam kecuali disertai mahramnya." (Muttafaq 'alaih)

Bermusafir Dengan Teman Yang Soleh.  Rasulullah s.a.w melarang bermusafir sendirian melalui sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar yang bermaksud; "Sekiranya manusia mengetahui bahaya (musafir) sendirian seperti yang aku ketahui, nescaya tidak ada seorang pun yang berpergian pada malam hari sendirian." (Riwayat al - Bukhari)

Hendaklah Berteman tidak kurang daripada 3 orang. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Seorang yang bermusafir adalah syaitan. Dua orang yang bermusafir ialah 2 syaitan. Tiga orang yang musafir ialah rombongan yang ideal (jauh dari syaitan)." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al- Tarmizi)

Malantik Seorang Ketua. Rasulullah s.a.w memerintahkan hal ini dalam sabdanya yang bermaksud: "Jika 3 orang keluar dalam sebuah perjalanan, hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi pemimpin." (Riwayat Abu Daud)


  • Sentiasa mentaati pemimpin yang dilantik mengetuai rombongan selama mana tidak bercanggah dengan syariat.
  • Seorang pemimpin hendaklah bermusyawarah dengan orang.
  • Hendaklah seorang pemimpin berlemah lembut dengan anggota rombongan
  • Sunat musafir pada hari Khamis
  • Membaca doa keluar rumah
  • Membaca doa menaiki kenderaan
  • Membaca doa bermusafir
  • Saling bekerjasama sesama ahli musafir
  • Istirahat di tengah perjalanan
  • Berdoa apabila singgah di suatu tempat
  • Berkumpul semasa singgah untuk beristirahat
  • Tidak mengambil tempat untuk beristirehat di tengah jalan
  • Menjadikan waktu musafir banayak dilakukan pada waktu malam
  • Memanfaatkan waktu dengan berzikir dan melaksanakan ketaatan
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat

Wallahu ‘alam bi sawab.


Sumber: Solusi #28 Hlmn 98
Share:

4 comments:

  1. ok..suka info ni...sebb slalu sgt jln jauh..KL - Kedah- Kl - Melaka

    ReplyDelete
  2. nice info...sgt brguna untuk sya yg merata pegi...KL-melaka-kedah

    ReplyDelete
  3. camana kalau perempuan musafir cr ketenangan diri sorang2 sbb xde sape yg available utk temankan dia...boleh? pegi ke tempat yg rasa selamat...dan takda niat utk buat yg bukan2, just nk tenangkan diri.

    ReplyDelete

BeMie's Followers

Total Pageviews