Facebook

Thursday, April 7, 2011

Waktu - Waktu Mustajab Doa


Berdoa ialah senjata orang Islam yang paling berkesan. Doa juga adalah ibadah. Orang yang berdoa akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t dan waktu - waktu  mustajab berdoa adalah seperti berikut:

  1. Ketika Hujan. 
  2. Ketika hendak Memulakan Solat dan Selepas Solat
  3. Ketika Menghadapi Musuh dalam peperangan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera - tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turun hujan." (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al- Nawawi dalam al- Azkar)
  4. Waktu antara Azan & Iqamah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamah." (Riwayat al- Tirmizi)
  5. Ketika Iktidal Yang Akhir dalam solat.
  6. Ketika Sujud Dalam Solat.
  7. Ketika Khatam Al- Quran (30 juzuk)
  8. Sepanjang Malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
  9. Sepanjang Hari Jumaat.
  10. Antara Waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud; "Dan Tuhan kami berfirman: 'Berdoalah kamu kepada - Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada - Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.'" (Surah al- Mu'min 40: 60)

p/s Apalagi... Jom Kita Berdoa

Wallahu ‘alam bi sawab.


Sumber: Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
Solusi #28 Hlmn 47
Share:

4 comments:

  1. thanx ingatkan=)...dulu ade blaja tp mkin lame makin lupe...

    ReplyDelete
  2. @ senget - jommmmmm
    @ beena - skang dah tak lupakan... heheheh

    ReplyDelete
  3. "Ya Allah, jauhkan daku dari menjadi org yg takbur dalam sengaja atau tiada disedari"

    ReplyDelete

BeMie's Followers

Total Pageviews