Facebook

Tuesday, April 19, 2011

Arah Pandangan Mata Ketika Solat


Ada dalil yg menggalakkan ketika solat kita disunat kan menundukkan wajah melihat ke tempat sujud semasa berdiri. Hadith yg diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Hakim: "Adalah Rasulullah s.a.w menundukkan kepala baginda dan melontarkan pandangannya ke bumi (tempat sujud)".





Dalam hadith lain: "Tatkala Nabi s.a.w memasuki kaabah, Nabi tidak mengangkat pandangan matanya dari tempat sujud sehinggalah Baginda keluar darinya". (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Imam Sufyan al-Thawri, Abu Hanifah dan al-Syafi'i berpendapat bahawa elok menumpukan pandangan mata ke arah tempat sujud. Manakala ijtihad Imam Malik dan Ibn al-Farabi al-Maliki mengatakan elok memandang ke arah hadapan dan bukannya tempat sujud.


Namun,walaupun dalil-dalil yg dikemukakan ini sahih dari sudut kefahamannya iaitu keperluan melihat tempat sujud. Maksud "menundukkan kepala" dalam hadith ini tidak semestinya memandang tempat sujud dan hadith kedua pula tidak dijelaskan secara terang ia dilakukan ketika solat. Ia hanya menyebut ketika nabi memasuki Kaabah dan bukannya ketika solat.



Setelah diteliti hadith-hadith yg terdapat dlm bab ini, maka dpt difahami bahawa matlamat asas daripada tindakan melihat tempat sujud ini adalah untuk :

1) mendatangkan khusyu'
2) Menghilangkan gangguan luar dan memfokuskan perhatian terhadap solat.
3) Menimbulkan rasa rendah diri.
4) Membezakan keadaan org yg sedang dalam solat dan yg luar solat.
5) Menghilangkan rasa sombong.


Hadith berikut menyokong kepada kesimpulan : "Tidak sepatutnya terdapat dalam rumah org yg menunaikan solat sesuatu yg boleh mengganggu dan menyibukkan (pemikirannya dan kekhusyukannya ketika solat)". (Riwayat Abu Daud dan Ahmad).



Juga sabda Rasulullah s.a.w yg beraksud: "Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini iaitu tidak memfokuskan pandangan) kerana ALLAH s.w.t mengarahkan wajah-NYA ke wajah hamba-NYA yg sedang solat selagi mana hamba-NYA tidak menoleh ke arah lain". (Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud).

Kesimpulannya digalakkan untuk menundukkan pandangan mata, sama ada ke tempat sujud atau lainnya semasa solat, namun tidaklah sampai tahap wajib.

Wallahu ‘alam bi sawab.
Share:

3 comments:

BeMie's Followers

Total Pageviews