Facebook

Sunday, April 17, 2011

Adab Makan


Makan pun akan dilihat sebagai ibadah jika kita mengikut cara makan seperti Rasulullah saw. Islam melalui Rasulullah saw mengajar cara atau adab makan dan minum supaya ia berkesan di dalam kehidupan dan membezakan antara orang kafir dan orang Islam dan membezakan antara manusia dengan haiwan.


  • Dahulukan dengan membaca Bismillah ketika hendak makan atau minum bagi mendapatkan keberkatan terhadap makanan tersebut. Juga sebagai tanda terima kasih terhadap Allah swt yang memberikan rezeki.
  • Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan. Rasulullah saw bersabda, “Membasuh tangan sebelum makan menghilangkan kefakiran dan membasuh tangan sesudahnya menghilangkan (penyakit syaraf)". (HR Ath -Thabrani)
  • Sabda Nabi saw, "Apabila seseorang kamu mula makan maka hendaklah dia membaca bismillah. Jika dia terlupa membacanya, maka bacalah : Bismillah awalnya dan akhirnya". (HR Imam Abu Daud & Imam At Tirmidzi)
  • Membaca doa sebelum makan.
  • Makan dengan tangan kanan. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Umar bin Abu Salamah r.anhu Katanya , "Aku berada dipangkuan Rasulullah saw sewaktu aku masih kecil dan tangan ku sentiasa meraba-raba di dalam tempat makanan." Maka berkata Rasulullah saw kepada ku, "Wahai anak kecil, baca Bismillah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang ada di hadapanmu."
  • Islam juga melarang (tidak sampai taraf haram) makan di dalam keadaan bersandar kerana ianya banyak meninggalkan kesan yang kurang baik dari segi kesihatan dan akan lekas tua. Ini berdasarkan hadith Rasulullah saw, "Aku tidak makan bersandar .."
  • Muliakan orang yang lebih tua dahulu untuk memulakan. Seperti hadith Rasulullah saw, "Apabila kami bersama Rasulullah saw menghadapi makanan, kami tidak menghulurkan tangan sehingga Baginda memulakan jamah makanan tersebut terlebih dahulu".
  • Rasulullah saw tidak pernah makan sendirian, sabda baginda, ”Makanan yang terbaik ialah makanan yang paling banyak mengambilnya”. (HR Abu Daud). Dari Wahsyi bin Harbin bahawasanya para sahabat Nabi saw berkata, "Wahai Rasulullah kami makan tetapi tidak kenyang," Rasulullah bertanya, "Barangkali kamu makan sendiri-sendiri?". Para sahabat menjawab, "Benar, ya Rasulullah". Rasulullah saw bersabda, "Berkumpullah pada makanan kalian, berdzikirlah dengan menyebut nama Allah untuk makanan itu nescaya makanan kalian akan diberkahi untuk kalian." (HR Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)
  • Jangan membazirkan makanan. Adalah Rasulullah saw apabila memakan makanan selalu menyisip ketiga jarinya seraya berkata, "Jika terjatuh suapan seseorang kamu hendaklah dia mengutipnya dan hendaklah dimakan dari ditinggalkannya untuk dimakan oleh syaitan".
  • Memalit-malit sisa-sisa makanan di dalam piring. Sabda Nabi saw,"Kamu tidak tahu yang mana satu dari makanan kamu yang ada berkat".
  • Membaca doa selepas makan.

Wallahu ‘alam bi sawab.

Dipetik dari: Rahsia Membentuk Keluarga Muslim. Tulisan Ustaz Shaari Che In
Share:

6 comments:

  1. nice entry...sharing is caring... ^_^

    ReplyDelete
  2. @ z - yup z .. sharing is caring

    ReplyDelete
  3. cara makan melambangkan keperibadian seseorang juga.

    peace!

    ReplyDelete
  4. @ nabihan - awak makn camner ek? heheh

    ReplyDelete
  5. Mulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  6. @ Tira - lagu raihan hehhe


    Dimulakan dengan bismillah
    Disudahi dengan alhamdulillah
    Begitulah sehari dalam hidup kita
    Mudah mudahan dirohmati Allah

    Dimulakan dengan bismillah
    Disudahi dengan alhamdulillah
    Begitulah sehari dalam hidup kita
    Mudah mudahan dirohmati Allah

    Mulakanlah kerja dengan niat yang satu
    Untuk mendapatkan keredoannya
    Moga segala urusan dipermudahkannya
    Agar sentiasa dalam kebaikan
    Barulah hati kita kan terasa tenang
    Dan bersyukur dengan apa yang ada

    Dimulakan dengan bismillah
    Disudahi dengan alhamdulillah
    Begitulah sehari dalam hidup kita
    Mudah mudahan dirohmati Allah

    Buruk dan baik itu ketentuan Allah
    Kitalah jua yang memilihnya
    Amal yang baik akan membawa syurga
    Amalan buruk menempah neraka

    Hanyalah iman, amal dan juga takwa
    menjadi bekal dalam hidup kita
    Hanyalah iman, amal dan juga takwa
    menjadi bekal dalam hidup kita

    Dimulakan dengan bismillah
    Disudahi dengan alhamdulillah
    Begitulah sehari dalam hidup kita
    Mudah mudahan dirohmati Allah

    Dimulakan dengan bismillah
    Disudahi dengan alhamdulillah
    Begitulah sehari dalam hidup kita
    Mudah mudahan dirohmati Allah

    Ilmu pelita menerangi kegelapan
    Darilah ilmu datangnya amalan
    Dari amalan lahirlah kasih sayang
    Saling membantu dan bekerja sama
    Rezeki yang ada hulurkanlah derma
    Agar hidup harmoni bahgia

    Dimulakan dengan bismillah
    Disudahi dengan alhamdulillah
    Begitulah sehari dalam hidup kita
    Mudah mudahan dirohmati Allah

    Dimulakan dengan bismillah
    Disudahi dengan alhamdulillah
    Begitulah sehari dalam hidup kita
    Mudah mudahan dirohmati Allah
    Begitulah sehari dalam hidup kita
    Mudah mudahan dirohmati Allah

    ReplyDelete

BeMie's Followers

Total Pageviews