EMPAT golongan LELAKI yg akan masuk KE NERAKA. Siapakah lelaki-lelaki malang ini??
1. AYAH: Seorang lelaki yang telah memberikan segala keperluan agama seperti didikan solat, menutup aurat dan sebagainya kepada anak perempuannya. Berusaha keras agar anak perempuannya hidup selesa dan berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan. Tapi sayang anak-anak perempuannya pula tidak menutup aurat serta melakukan maksiat diluar pengetahuannya. Walaupun lelaki ini telah menunaikan segala tanggungjawabnya terhadap agama, lelaki berjasa ini tetap bakal bersama anak perempuannya ke NERAKA!
2. SUAMI: Seorang lelaki yang bersusah payah mencari sesuap nasi buat wanita kesayangan yang dikahwininya. Sebaliknya, isteri bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami serta tidak menutup aurat ketika keluar dari rumah. Ada juga isteri yang menutup aurat, tetapi keluar rumah diluar pengetahuan suami. Sekalipun lelaki bergelar suami ini soleh, dia tetap bersama isterinya ke NERAKA!
3. ADIK BERADIK LELAKI: Seorang lelaki yang kakak atau adik perempuannya yang belum berkahwin dijaga, dibantu serta dilindungi dari segala mara bahaya yang mendatang.. Kakak dan adik perempuannya pula tidak menutup aurat, keluar bermaksiat bersama bukan mahram, serta tidak menunakan solat. Lelaki ini bukan sahaja tidak mampu melindungi kakak dan adik perempuannya, bahkan akan turut menemani mereka di NERAKA!
4. ANAK LELAKI: Seorang lelaki yang menjaga ibunya, menunaikan segala suruhan serta taat kepada ibubapa dan agama. Malangnya si ibu tidak menutup aurat, tidak menjaga maruah diri dan agama. Ketahuilah bahawa anak lelaki kesayangan ini akhirnya besama-sama dengan ibu mereka di NERAKA!
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.
Firman ALLAH S.W.T.:-
" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..
Firman Allah S.W.T;
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." ...
{Al-Tahrim 66:6 }
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
Sumber : Dilnasz
salam kenai..bagus tips nie..nanti bleh bgtau pada anak2 nanti..hehe..folo u blog pls folo me back yer tq...10 lagu top masa kini part 3
ReplyDeletethanx kongsi :)
ReplyDeletesama2
ReplyDelete